VIllain Paintball - Ovi Store

Thursday, February 14, 2008

MY-NPL 2008 Press Conference



Taken from Utusan Online

Liga Paintball 23 Februari ini

PETALING JAYA – Kejohanan Liga Paintball Kebangsaan Malaysia (MY-NPL) 2008 akan berlangsung secara berperingkat bermula dengan pusingan pertama selama dua hari di Akademi Paintball Malaysia (MAPAAC), Kompleks Sukan Astaka, di sini, Sabtu ini.

Ketua Kemudahan dan Fasiliti, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Muhamad Shahrel Jaffril berkata, semua pasukan akan bertanding secara liga lima pusingan dalam empat divisyen yang dipertandingkan.

‘‘Pusingan kedua akan berlangsung di Kedah pada 26 dan 27 April ini diikuti Pahang (7-8 Jun), Melaka (2-3 Ogos) dan pusingan kelima iaitu Grand Finale di pada 1 dan 2 November ini,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Liga MY- NPL musim ketiga di sini, semalam.

Juara keseluruhan untuk Divisyen Satu akan menerima RM15,000 manakala Divisyen Dua (RM12,000), Divisyen Tiga (RM9,000) dan tiada hadiah untuk Divisyen Empat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan itu dan borang penyertaan dengan melayari laman web www.my-npl.org atau menghubungi pegawai sekretariat Mohd. Sofian Mohd. Daud di talian 016-3323337.





I'll update when I find more. Meanwhile, TV3 (Malaysian TV Channel) ran the news in their Sports section.

0 comments: