VIllain Paintball - Ovi Store

Friday, January 16, 2009

Shopowner held over fake M-16 guns, accessories

Sounds like airsoft stuffs here. What a way to start a new year.

________________________________________
Shopowner held over fake M-16 guns, accessories
By : Fay Angela D'cruz


SAC II Ku Chin Wah says the weapons are used in carrying out petty crimes.

KUALA LUMPUR: Police seized fake firearms complete with accessories from a shop in Plaza Damas, Sri Hartamas last Thursday. The shop owner, a 44-year-old man, was also arrested and later released on bail pending further investigations.

City Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner II Ku Chin Wah said police found 10 fake guns, including M-16 assault rifles which looked genuine.

"We believe these firearms have been used to carry out petty crimes in the city," he said.

It was learnt that the businessman also sold bullet casings, gun holders, vests and other high-end accessories which are usually used by the military. It was understood that the items were purchased by the businessman from a neighbouring country.

It was also learnt that the outlet had been operating for about a year and that the businessman had tried to obtain a business licence on numerous occasions but failed.

Ku said the businessman was being investigated under the Customs Act.

Source: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2451701/Article/index_html

_________________________________

Senjata promosi sukan
Oleh Salman Hamat
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah kedai peralatan sukan sengaja mempamerkan raifal dan pistol tiruan di premisnya kononnya bagi mempromosi sejenis sukan baru sedangkan senjata api itu yang menyerupai senjata tulen boleh disalah guna untuk kegiatan jenayah.

Antara senjata api yang dipamerkan termasuk raifal M-16, sub mesingan, pelbagai jenis pistol automatik dan sebutir bom tangan serta dijual kepada mereka yang berminat pada harga antara RM3,000 hingga RM5,000 sepucuk.

Dalam serbuan pertama pada Rabu minggu lalu, polis yang bertindak atas maklumat awam dan risikan menyerbu premis milik ahli perniagaan berusia 44 tahun itu di Sri Hartamas di sini serta menemui empat senjata jenis M16 dan satu sub mesingan serta enam pistol separuh automatik jenis Glock dan Colt 45.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata senjata itu dibawa masuk dari sebuah negara jiran dipercayai buatan Jepun dan Taiwan.

Ketika disoal siasat lelaki terbabit memberi alasan mempamerkan semua senjata itu untuk mempromosikan sejenis sukan dinamakan Airsoft dan tidak tahu ia menjadi satu kesalahan di negara ini.

Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit menyalahi undang-undang apabila dia dipercayai mengimport senjata berkenaan tanpa memperoleh kelulusan pihak berkuasa serta meragui tujuan sebenar dia berbuat demikian.

“Kami belum dapat memastikan motif sebenar lelaki terbabit mengimport semua senjata api tiruan itu. Siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

“Ahli perniagaan itu bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan bagi membantu siasatan,” katanya.

Siasatan mendapati semua senjata itu dihasilkan menyamai 100 peratus senjata api tulen, perbezaannya ia tidak menggunakan peluru hidup dan diganti dengan sejenis peluru khas berbentuk bebola kecil dan menggunakan sistem gas untuk beroperasi.

Antara yang dirampas dalam serbuan itu adalah tiga laras raifal M16, seunit sub mesingan MP5-K, pistol automatik jenis Glock-17, pistol Vector, pistol Colt 45, pistol Colt 45 ACP, pistol Styer serta pelbagai kelopak peluru.

Difahamkan, kejadian jenayah membabitkan senjata api tiruan dianggap serius berikutan polis Kuala Lumpur merampas tiga senjata api mainan daripada kumpulan penjenayah tahun lalu.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090116090734/Article/index_html

2 comments:

Caranthir said...

Oh, this group at Facebook would probably know whats going better.

http://www.facebook.com/group.php?sid=5e2796e1517497b5fa6d17a96eb3154a&gid=21859644489

Kherox said...

there's also an active Airsoft thread in Low Yat forum.

http://forum.lowyat.net/topic/671312