VIllain Paintball - Ovi Store

Monday, August 03, 2009

MY-NPL'09 Event 4 - Melaka - Results & Conclusions


Here are the official results of the recent concluded MY-NPL Event 4 Melaka. Congratulations to all the winners!

Division 1: (8 teams)
1st = NEMESIS (Kuala Lumpur)
2nd = RAZ LEGION (Johor)
3rd = MACDEV RONIN (Kuala Lumpur)
4th = BALLBUSTERZ (Kuala Lumpur)

Division 2: (7 teams)
1st = NOMERCY (Johor)
2nd = CMX (Selangor)
3rd = JOHOR PIRATES (Johor)
4th = WARRIOR (Selangor)

Division 3: (22 teams)
1st = RAPTOR (CyberJaya)
2nd = UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (Perlis)
3rd = OSB PIRATES (Johor)
4th = ROUGHNECKS (Johor)

Division 4: (32 teams)
1st = SHOOT IN RAGE
2nd = KARMA
3rd = YING YANG
4th = JACKALS

Note: I'll add other results as they come in. Oh! they're up there already!


KENYATAAN MEDIA

Kejohanan Liga Paintball Kebangsaan Malaysia (MY-NPL) 2009 Pusingan Keempat telah diadakan di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Banda Hilir, Bandaraya Melaka Bersejarah pada 1 dan2 Ogos 2009 yang lalu. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Bandaraya Melaka Bersejarah telah dipilih sebagai venue dalam kalendar kejohanan MY-NPL.

Sebanyak 68 pasukan telah bertanding yang terdiri daripada 8 pasukan Divisyen 1, 7 pasukan Divisyen 2, 22 pasukan Divisyen 3 dan 31 pasukan Divisyen 4. Kejohanan dimulai dengan perlawanan-perlawanan Pusisngan Awal untuk Divisyen 2 dan 3 pada sebelah pagi hari pertama, Sabtu, 1 Ogos 2009 sementara pasukan-pasukan Divisyen 1 dan 4 memulakan persaingan di sebelah petang. Hari Kedua kejohanan diteruskan dengan persaingan dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, Bagaimanapun permulaan hari pertama tergendala hampir 1 jam disebabkan hujan telah turun dengan lebatnya tetapi tidak mematahkan semangat para pemain dalam perebutan hadiah-hadiah pusingan bernilai hampir RM50,000.00.

Persaingan dalam Divisyen 2 pada hari pertama telah dikuasai pendahulu terkini mata keseluruhan MY-NPL 2009 yang juga Juara Pusingan Ketiga di Kuantan yang lepas iaitu Pasukan NOMERCY dari Negeri Johor. Mereka diiringi oleh pasukan-pasukan CMX, WARRIOR dan JOHOR PIRATES mara ke peringkat separuh akhir. Bagaimanapun harapan untuk melihat 2 buah pasukan dari selatan tanahair di peringkat tidak kesampaian apabila NOMERCY diketemukan dengan JOHOR PIRATES di peringkat separuh akhir sementara CMX menentang WARRIOR. Ternyata NOMERCY menerus kecemerlangan di peringkat kalah mati ini dengan muncul sebagai Juara untuk terus memantapkan kedudukan mereka di tangga teratas dalam pungutan mata keseluruhan Divisyen 2, dengan meninggalkan Pasukan JOHOR PIRATES 19 mata di tempat kedua. NOMERCY membawa pulang hadiah bernilai RM5,000.00 serta medal selaku juara dan sudah pasti memantapkan kedudukan untuk meraih hadiah bernilai RM12,000 selaku Juara Keseluruhan kelak.

Di dalam Divisyen 2, sebanyak 22 buah pasukan telah bertanding termasuk pasukan-pasukan dari Perlis, Kedah, Terengganu selain daripada dari Lembah Kelang dan selatan tanahair. Bagaiamanapun persaingan dicemari dengan insiden 2 buah pasukan dari Lembah Kelang yang telah disingkirkan dari kejohanan akibat perlakuan mengatur perlawanan, yang mana merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah MY-NPL. Juara Pusingan Ketiga Kuantan, RAPTOR ternyata meneruskan tradisi rentak permainan mantap mereka dengan menguasai saingan di hari pertama dengan memenangi kesemua perlawanan peringkat awal mereka. Pasukan dari Perlis, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) telah membuat kejutan dengan menyaingi rapat di tempat kedua diikuti oleh 2 buah pasukan dari Negeri Johor, pendahulu mata pungutan keseluruhan terkini Divisyen 3 ROUGHNECKS dan OSB PIRATES di tempat ketiga dan keempat. Kedudukan keempat-empat pasukan di peringkat awal ini adalah juga merupakan kedudukan mereka di akhir hari kedua. RAPTOR terus mempertahankan kejuaraan Divisyen 3 mereka dan seterusnya memberikan saingan rapat kepada ROUGHNECKS dalam persaingan Juara Keseluruhan Divisyen 3 dengan mengumpul sebanyak 168 mata, mengurangkan jurang dengan ROUGHNECKS di tempat pertama kepada 8 mata sahaja. Ini sudah pasti akan menyemarakkan Pusingan Kelima “The Grand Finale” kelak dalam perebutan takhta Juara Malaysia Divisyen 3. RAPTOR membawa pulang hadiah bernilai RM4,000.00 serta medal.

Sebanyak 8 buah pasukan bertanding dalam Divisyen 1, diketuai Juara Pusingan Ketiga di Kuantan, DELTAROVERS serta Juara Keseluruhan 2008 NEMESIS LEGION. Bagaimanapun, setelah semua pasukan menamatkan saingan 8 perlawanan dalam Pusingan Awal, KILLERBEEZ telah membuat kejutan dengan mengungguli pungutan mata dan menjadi pasukan pilihan pertama dalam peringkat sukuakhir yang berlangsung pada Hari Ahad, 2 Ogos 2009, meninggalkan pasukan pilihan NEMESIS LEGION dan DELTAROVERS masing-masing di tangga kedua dan ketiga. Hari Kedua kejohanan ternyata memberikan lebih banyak lagi kejutan, dimana KILLERBEEZ telah tersingkir di peringkat suku akhir tewas di tangan BALLBUSTERZ, yang merupakan kejayaan pertama BALLBUSTERZ sepanjang 2009 ini di kedudukan podium. Pertemuan RAZ LEGIONdan DELTAROVERS di peringkat sukuakhir juga merupakan ulangan perlawan akhir di Kuantan pada bulan Jun yang lepas, tetapi kali ini di Melaka RAZ LEGION ternyata lebih mantap untuk menguasai pentas pertarungan. Di akhir hari kedua, NEMESIS LEGION telah muncul juara dengan menyingkirkan saingan RAZ LEGION di perlawanan akhir. Kejayaan NEMESIS LEGION ini serta ditambah dengan kegagalan di peringkat suku akhir DELTAROVERS telah melonjakkan kedudukan mereka di dalam pungutan mata keseluruhan Divisyen 1 ke kedudukan teratas dengan kelebihan 6 mata dan sudah pastinya Pusingan Kelima November ini akan bertambah hebat. NEMESIS LEGIO N membawa pulang hadiah bernilai RM9,000.00 selaku juara dan sudah Hadiah Juara Keluruhan Divisyen 1 2009 bernilai RM15,000.00 akan menjadi rebutan mereka pada bulan November kelak.

Di dalam Divisyen 4, 31 buah pasukan telah bertanding termasuk 2 buah pasukan dari Negara Singapura, KARMA dan SEEKERS INC. Di dalam persaingan hari Pertama, Pusingan Awal, YING YANG naib juara Pusingan Ketiga Kuantan, telah mengetuai 16 buah pasukan ke saingan Peringkat Suku Akhir di hari kedua. Bagaiamanapun kejayaan JERUNG, pasukan tempatan dari Pejabat YAB Ketua Menteri Melaka, layak ke peringkat suku akhir di tempat ke 13 telah mencuri tumpuan, yang membuktikan kewujudan bakat-bakat sukan ini yang agak menarik di Negeri Melaka. Bagaimanapun SHOOT IN RAGE dari negeri Johor, yang meduduki tempat ketiga di Pusingan Kedua dan Ketiga yang lepas telah memperlihatkan peningkatan mereka dengan muncul sebagai juara untuk membawa pulang hadiah RM1,00.00 serta medal, mengecewakan pasukan dari Negara Singapura KARMA di dalam perlawanan akhir. YING YANG, naib juara Pusingan Ketiga Kuantan terpaksa berpuashati sekadar di tempat ketiga dan sebuah lagi pasukan dari Negeri Johor, JACKALS di tempat keempat.

Pusingan Kelima MY-NPL 2009 akan diadakan pada 7 & 8 November 2009 di Akademi paintball Malaysia (MAPAAC), Kompleks Sukan Astaka, Jalan Utara, Petaling Jaya. Pendaftaran dibuka bermula dari sekarang. Sila hubungi pihak sekretariat MY-NPL di talian 016 332 3337 / email piandaud@my-npl.org atau layari laman web www.my-npl.org untuk maklumat lanjut.

MOHD SOFIAN BIN MOHD DAUD
Pengarah Kejohanan
Liga Paintball Malaysia 2009

1 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada pasukan yang menang. Pian, you did a great job organising the mathches - UNCzee Yakuza