VIllain Paintball - Ovi Store

Tuesday, July 19, 2011

20 pasukan terbaik sertai KPPWC


AHMAD Shabery (kanan) melancarkan maskot paintball dikenali Robot Neo,
sambil diperhatikan Kamaruddin, semalam.


Skuad kebangsaan dibentuk daripada belia menerusi pelbagai kejohanan paintball

BUAT pertama kali dalam sejarah sukan paintball rantau ini, Promaster Malaysia (PM) bakal menampilkan 20 pasukan profesional terbaik dunia untuk bersaing merebut hadiah wang tunai RM300,000 dan Piala Pusingan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ahmad Shah.

Kejohanan Paintball Promaster Dunia 2011 (KPPWC) anjuran Spanium Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) dan kerajaan negeri Pahang itu dijadualkan berlangsung di Pekan, 6-11 Disember depan dan disertai pasukan profesional dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Russia, Hungary dan Jerman selain pasukan kebangsaan.

Satu lagi pasukan kebangsaan akan menyertai kategori Amatur yang membabitkan 19 pasukan Asia lain untuk merebut hadiah RM100,000.

Pasukan kebangsaan akan dibentuk daripada kalangan belia menerusi pelbagai kejohanan paintball di negara ini termasuk aktiviti paintball Rakan Muda.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kejohanan itu diharapkan memberikan pengalaman berguna untuk menyaingi pasukan berpengalaman dunia.

“Kementerian berasa perlu menyokong kejohanan seumpama ini kerana ia bukan saja sukan ekstrim yang semakin digemari golongan muda, malah mampu menjadi industri dan menjana peluang perniagaan besar kerana ia membabitkan kos sehingga RM5,000 setiap peserta.

“Seperti golf dan bowling, paintball yang kini menjangkau pembabitan hampir 15,000 pemain dijangka terus berkembang kepada 100,000 peserta yang bergerak secara rombongan bertanding di dalam pelbagai cabaran dan cuaca berbeza di seluruh dunia,” katanya selepas melancarkan Kejohanan Paintball Promaster World Championship 2011 dan memperkenalkan maskot KPPWC, Robot Neo, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Spanium, Kamaruddin Endut dan Presiden KPPWC, Datuk Noreta Bustanuddin.

Buat julung kali juga, KPPWC mengadakan pertandingan sampingan untuk peminat dan pemain paintball taktikal dikenali sebagai Woodsball.

Sementara itu, Noreta berkata, KPPWC bekerjasama dengan NPPL USA dan World Union Paintball bagi memastikan kejohanan berkenaan mendapat liputan meluas seluruh dunia.

Sumber: Berita Harian

Nota: Huh?!?

2 comments:

tomato said...

huh..

Caranthir said...

got some info, this is pretty much a dodgy tournament.