Here's something to do with paintball. Well, sort of.
Cipta Baju Paintball
RAJIN membelek buku fesyen antarabangsa ataupun melayari Internet merupakan antara elemen-elemen penting bagi seorang pereka fesyen menghasilkan rekaan mereka.
Bukan itu saja malah dunia rekaan fesyen amat berkait rapat dengan elemen-elemen kreatif dan imaginasi.

Nurul Su'aidah (kanan) dan Nur Syazwani
dengan rekaan baju paintball mereka.
Mereka yang berjaya menterjemahkan dua aspek ini dengan sempurna tidak mustahil fesyen yang dihasilkan mampu menaikkan nama pereka tersebut di mata dunia.
Gabungan antara kreativiti dan imaginasi nyata memberi arah tuju pada rekaan-rekaan yang dihasilkan dan itulah yang berjaya dihasilkan oleh dua pelajar tahun akhir Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Bagi Nurul Su'aidah Russain, 23, dan Nur Syazwani Hasim, 24, mereka sememangnya perlu menghasilkan satu rekaan yang bertajuk 'pelbagai fungsi' dan fesyen yang ditampilkan perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Menurut Nur Syazwani, setiap pelajar diberi kebebasan untuk memilih inspirasi bersesuaian dengan tajuk yang diberikan.
"Kami diminta untuk menghasilkan rekaan secara berkumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada dua orang pelajar sahaja.
"Sebagai pelajar, kami diberikan kebebasan sepenuhnya dan terpulang kepada setiap pelajar untuk menghasilkan idea dalam rekaan masing-masing.
"Sudah pasti, tugasan ini mencabar pelajar-pelajar untuk menghasilkan idea bagaimana hendak menghasilkan karya berdasarkan tema yang telah ditetapkan," ujarnya ketika ditemui di UiTM, Shah Alam, baru-baru ini.
Setelah bertungkus lumus membuat kajian selama empat bulan, Nurul Su'aidah dan Nur Syazwani telah tampil dengan rekaan yang kreatif dan unik iaitu baju permainan sukan lasak, paintball.
Mengulas lanjut, Nur Syazwani menjelaskan bahawa rekaan mereka bukan sahaja satu rekaan yang memberi pembaharuan daripada baju asal tetapi ia juga merupakan
baju pelbagai fungsi.Apa yang dimaksudkan dengan pelbagai fungsi ialah, selain mempertahankan diri daripada serangan peluru-peluru paintball, baju tersebut turut diadakan ruang udara.
Bukan itu sahaja malah bahagian hadapan baju tersebut yang berfungsi sebagai alat pertahanan boleh bertukar menjadi beg sandang.Selain itu seluar panjang boleh bertukar menjadi seluar pendek (paras lutut) di mana bahagian bawahnya boleh disambung dengan zip.
Yang pasti, rekaan yang diketengahkan adalah hasil daripada idea-idea kreatif melalui proses penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan.
Selain mengetengahkan rekaan yang pelbagai fungsi, kedua-dua pelajar ini turut menitikberatkan aspek pola, warna, tekstur, format dan elemen rekaan.
"Daripada segi warna, sudah pasti kami memilih warna-warna gelap memandangkan baju ini digunakan untuk sukan paintball. Pemilihan fabrik juga memainkan peranan penting tetapi di sini kami memilik fabrik yang mudah dibasuh atau lap sahaja dan untuk itu PVC menjadi pilihan," ujar Nurul Syazwani.
I'm speechless.